Aktiviti 4 a. Guru membacakan Senario III (Lampiran 4). b. Setiap kumpulan dikehendaki memilih 5 perkara dari 10 yang tinggal. c. Ahli kumpulan perlu berbincang dengan mengambil kira keperluan dan kehendak bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka di pulau tersebut. d. Senaraikan dalam borang yang disediakan. (Rujuk lampiran 5) e. Guru bersoal jawab dengan kumpulan murid: i. Mengapa kamu memilih 5 perkara tersebut? ii. Mengapakah perkara itu penting untuk kesejahteraan kehidupan kamu? iii. Berikan hujah dan pendapat kenapa perkara itu menjadi keperluan atau kehendak kamu? iv. Adakah terdapat sesiapa dalam kumpulan kamu berhak mendapat lebih daripada 5 pilihan? Kenapa? v. Adakah terdapat sesiapa dalam kumpulan kamu yang patut mendapat kurang daripada 5 pilihan? Kenapa? vi. Pada pendapat kamu, adakah masih terdapat individu/kumpulan di Malaysia yang tidak mendapat akses kepada pilihan 1-5 tersebut? Sekiranya ada, siapakah mereka? Apa yang boleh dibuat untuk membantu mereka? Refleksi : Guru memilih beberapa orang murid untuk memberi refleksi mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Guru membuat rumusan tentang aktiviti dalam aspek: • Penyertaan. • Tiada diskriminasi. • Hak bersuara. • Hak memberi pendapat. • Perbezaan antara kehendak dan keperluan. • Tanggungjawab. 9

Выберите целевой абзац3