SYOR-SYOR: PERHIMPUNAN AWAM 165. Peserta-peserta haruslah diberikan ruang untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pendapat mereka. 166. Panel menyedari tugas PDRM untuk menjaga keselamatan negara tetapi segala aktiviti pihak berkuasa haruslah mengambil kira hak-hak individu dan memastikan hak-hak yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undangundang negara dapat diamalkan oleh individu-individu ini. 167. Pegawai dan anggota PDRM yang melakukan tugas rasmi haruslah menggunakan pengenalan diri seperti tanda nama dan nombor badan sepanjang tempoh rasmi tugasan. Ini akan memudahkan proses pengenalan diri dan juga proses untuk cam dijalankan sekiranya terdapat dakwaan terhadap mana-mana pegawai dan anggota PDRM. 168. Panel berpendapat bahawa anggota-anggota yang melakukan tangkapan haruslah lebih berhati-hati dan mengelakkan dari menggunakan kekerasan sekiranya tidak diperlukan. Penggunaan kekerasan haruslah bertepatan dan berkadar dengan tahap bahaya situasi semasa tangkapan 169. Sebagai penguatkuasa undang-undang dan menerima latihan secara khusus, PDRM haruslah menunjukkan sikap professional yang tinggi dan mampu menerima tekanan di dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan penugasan mereka. Di dalam konteks ini, latihan dan penilaian berterusan haruslah diadakan oleh pihak yang bertanggungjawab. 170. Tindakan disiplin ataupun undang-undang haruslah dikenakan terhadap manamana Pegawai ataupun anggota yang melakukan atau menyebabkan kecederaan terhadap W27. 171. Rawatan segera haruslah diberikan kepada individu-individu yang cedera semasa proses penahanan dibuat. Kakitangan perubatan haruslah ditempatkan di lokasi untuk melakukan penilaian perubatan dan memberi rawatan di lokasi. Untuk 36

Выберите целевой абзац3