meriam air dan gas pemedih mata telah dilepaskan dari kedua arah bertentangan dan ini menyebabkan peserta perhimpunan tersepit dan mengalami kesukaran untuk bersurai. 150. Kenderaan meriam air yang digunakan oleh oleh PDRM adalah lama dan meninggikan risiko keselamatan dan kecuaian kepada pegawai dan anggota PDRM yang mengendalikan kenderaan. Faktor ini juga mempengaruhi penilaian pegawai dan mungkin menyebabkan kelambatan pegawai bertanggungjawab membuat keputusan. 151. Terdapat keraguan berkenaan tiadanya taklimat yang diberikan kepada unit-unit yang bertugas di sekitar kawasan berkenaan mengenai kewujudan kawasankawasan yang mempunyai kepentingan awam seperti hospital, sekolah dan tempat ibadat dimana maklumat-maklumat penting haruslah ditaklimatkan kepada setiap pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan tersebut. 152. Panel merasakan bahawa tindakan PDRM untuk mengejar peserta sehingga ke HTS dan HBC adalah tidak wajar kerana peserta telah terkepung dan tidak mempunyai peluang untuk beredar dan bersurai. 153. Menurut W21, arahan telah datang daripada pelbagai pihak atasan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan Panel berpendapat bahawa kekeliruan ini telah menyumbang kepada penembakan meriam air ke perkarangan HTS dan HBC. 154. Melalui rakaman-rakaman video yang telah diserahkan oleh W26, Panel berpendapat bahawa peserta perhimpunan tidak bersikap agresif dimana sebuah kenderaan PDRM yang dipandu melintasi peserta tidak diapa-apakan dan peserta dilihat memberi laluan kepada kenderaan berkenaan dan peserta dilihat tidak membawa sebarang senjata. 155. Panel mendapati bahawa tembakan gas pemedih mata telah dilepaskan oleh PDRM dari dua arah yang bertentangan dan ini telah menimbulkan kemungkinan 33

Выберите целевой абзац3