mencetuskan huru-hara. Saksi juga menyatakan bahawa tiada senjata dapat dilihat dibawa oleh mana-mana peserta termasuklah W4. 139. Berdasarkan kenyataan saksi-saksi dan laporan perubatan, W4 dan W11 (kecuali W11 tidak mengemukakan laporan perubatan) telah mengalami kecederaan tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana tiada saksi lain yang dapat memberitahu Panel bagaimana kecederaan itu terjadi dan pelaku yang menyebabkan kecederaan tersebut. Panel mengambil maklum kecederaan tersebut terjadi semasa tangkapan dibuat. 140. W28 telah menyatakan bahawa W27 mengalami patah di tulang muka sebelah kiri. Tulang tersebut telah pecah dan berkecai. Panel juga mengambil maklum pendapat pakar W28 bahawa kuasa yang menyebabkan kecederaan itu cukup kuat untuk menyebabkan kecederaan yang lebih serius sekiranya mengenai bahagian yang lebih lembut dan tidak dilindungi oleh tulang. 141. Panel tidak dapat membuat kesimpulan sama ada pihak PDRM telah menggunakan kekerasan yang melampau semasa melakukan tangkapan dan menyebabkan kecederaan terjadap W4 dan W11. 142. Panel berpendapat bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa kecederaan pada W27 adalah disebabkan terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak oleh PDRM di kawasan KL Sentral. 143. Panel mengambil maklum bahawa arahan W25 adalah untuk melakukan tembakan ke arah bawah tetapi melalui rakaman video yang dibekalkan kepada kepada Panel menunjukkan terdapat seorang anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata kearah yang berlainan dengan arahan yang diberikan oleh W25. 144. W6 mengalami kecederaan di bahagian lutut semasa proses penahanan oleh PDRM dan rawatan perubatan telah diberikan apabila W6 dibawa ke Balai Polis Jinjang dan seterusnya dibawa ke HKL. 31

Выберите целевой абзац3