oleh W6 dan W7 telah melanggar bahu jalan sebelum berlanggar dengan kenderaan PDRM yang dipandu oleh W9. 78. W8 pula menyatakan beliau menyedari W6 mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan semasa di lokasi tangkapan. Beliau lalu memaklumkan hal tersebut kepada Dr Nurul Azlean binti Norzah (W12) yang memberikan rawatan kepada W6 di Balai Polis Jinjang. W12 menyatakan beliau telah mengesyorkan supaya W6 dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut dan ini telah disahkan oleh W6 sendiri. 79. W12 juga menyatakan tidak terdapat kesan kotoran seperti pasir atau tanah di bahagian yang cedera. Berdasarkan kepada keadaan tersebut beliau berpendapat bahawa kecederaan berkenaan berkemungkinan terjadi akibat pelanggaran dengan permukaan keras dan bukannya pergeseran dengan permukaan seperti itu. 80. Dr Abang Askandar Kamel Basrull bin Abang Bruce (W18), Dr Ankimtey anak Rutel (W13) dan W12 yang memberikan rawatan kepada W6 mengesahkan kecederaan yang dialami oleh W6 adalah disebabkan pelanggaran dengan objek tumpul. W18 juga telah melakukan pembedahan ke atas W6 untuk merawat kecederaan yang dialami oleh W6. PENEMUAN 81. W6 mengalami kecederaan di bahagian lutut semasa proses penahanan oleh PDRM dan rawatan perubatan telah diberikan apabila W6 dibawa ke Balai Polis Jinjang dan seterusnya dibawa ke HKL. 82. Panel mengambil maklum keterangan W12 bahawa tidak terdapat kesan kotoran seperti pasir atau tanah di bahagian yang cedera dan W12 berpendapat bahawa kecederaan tersebut berkemungkinan terjadi akibat pelanggaran dengan permukaan keras dan bukannya pergeseran dengan permukaan yang keras. Panel bersetuju dengan pendapat professional W12. Keterangan ini menyokong 19

Выберите целевой абзац3