PENDENGARAN AWAM 13. Bagi tujuan melaksanakan pendengaran awam, Panel telah memanggil seramai 31 orang saksi dan telah menerima 42 eksibit, termasuklah laporan perubatan, gambar dan rakaman video di sepanjang pendengaran berkenaan. 14. Siasatan Awam ini telah meneliti berbagai rakaman video dan gambar-gambar yang telah dikemukakan sebagai bahan bukti bagi menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh saksi. 15. Sepanjang pendengaran tersebut sebanyak 16 sesi pendengaran telah diadakan di mana seramai 31 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan. Sesi pendengaran tersebut telah bermula pada 11 Oktober 2011 dan berakhir pada 17 April 2012, iaitu dengan mengambil masa selama 16 hari di mana para saksi telah memberikan keterangan mereka di hadapan Panel. Selain itu, Panel juga telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi yang terlibat, iaitu Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina, Bukit Persekutuan dan KL Sentral bagi membolehkan Panel mendapat gambaran yang lebih jelas berkenan keterangan yang diberikan oleh saksi. Syor-syor Siasatan Awam yang terdahulu 16. Panel mengambil maklum syor-syor yang telah dikemukakan oleh Suruhanjaya dalam Siasatan Awam yang terdahulu seperti “Report of Suhakam Public Inquiry Into The Incident at KLCC On 28 May 2006” dan Panel berpendapat bahawa syorsyor ini boleh digunapakai setakat mana ia masih relevan. Batasan 17. Penemuan yang dilakukan dalam Siasatan Awam ini adalah berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang diserahkan kepada Panel. Panel mengambil maklum bahawa terdapat saksi lain terlibat dalam kejadian-kejadian yang dibawa ke perhatian Panel tetapi mereka tidak tampil untuk membantu Siasatan Awam ini. 5

Выберите целевой абзац3