kecederaan yang serius, individu yang ditahan seharusnya dibawa untuk
mendapatkan rawatan lanjut sebelum pemprosesan penahanan dilakukan oleh
PDRM.
172.
Panel berpendapat bahawa walaupun PDRM mempunyai kuasa dan sebab yang
sah disisi undang-undang untuk melakukan tangkapan, cara yang digunakan
untuk
melaksanakan
penahanan
terhadap
mana-mana
individu
haruslah
bersesuaian dengan kesalahan.
173.
Prinsip hak asasi dan keselamatan terhadap anggota mahupun individu yang
hendak ditahan haruslah diutamakan dimana satu garis panduan haruslah
diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggotaanggota PDRM di dalam melakukan tangkapan.
174.
Pegawai yang bertanggungjawab haruslah memastikan bahawa setiap unit yang
menjalankan tugas di mana-mana kawasan haruslah diberikan taklimat yang
menyeluruh terutamanya berkenaan tempat-tempat kepentingan awam dan
sebarang tindakan yang diambil haruslah mengambil kira tempat-tempat ini.
175.
Panel menyedari struktur dan hiraki PDRM -- mana-mana pegawai atasan boleh
memberi arahan kepada pegawai
percanggahan
arahan
dan
bawahan; tetapi
ketelusan
arahan
untuk
yang
mengelakkan
diberikan,
Panel
mengesyorkan supaya arahan hanya boleh diberikan oleh Pegawai Medan dan
sekiranya tugas ini diberikan kepada mana-mana pegawai lain, ianya haruslah
dilakukan secara rasmi dan mengikut prosedur yang diamalkan oleh PDRM.
176.
Penggunaan sebarang alat terutamanya yang diklasifikasikan sebagai senjata
yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan seharusnya tidak dibenarkan di
dalam mahupun di sekitar kawasan berkepentingan awam seperti hospital dan
sekolah.
177.
Walaupun terdapat bukti beberapa peserta perhimpunan menyerbu ke arah pihak
PDRM, Panel berpendapat bahawa cara yang digunakan untuk menyuraikan
peserta di kawasan KL Sentral tidak bersesuaian kerana faktor lokasi dan keadaan
37