145. Panel mengambil maklum keterangan W12 bahawa tidak terdapat kesan kotoran seperti pasir atau tanah di bahagian yang cedera dan W12 berpendapat bahawa kecederaan tersebut berkemungkinan terjadi akibat pelanggaran dengan permukaan keras dan bukannya pergeseran dengan permukaan yang keras. Panel bersetuju dengan pendapat professional W12. Keterangan ini menyokong pernyataan W6 bahawa kecederaan itu berlaku akibat terkena kenderaan PDRM sebelum W6 jatuh ke jalan. 146. Panel berpendapat, kecederaan W6 berpunca dari pelanggaran dengan kenderaan PDRM. Walau bagaimanapun tidak terdapat bukti konklusif mengenai cara pelanggaran itu berlaku, samada kenderaan PDRM telah melanggar W6 dan W7 atau W6 dan W7 sendiri yang melanggar kereta berkenaan dalam usaha mereka untuk mengelakkan diri dari ditangkap atau pelanggaran tersebut berlaku dengan begitu saja tanpa sesiapa yang melakukannya dengan sengaja. 147. Berdasarkan penyataan saksi-saksi dan rakaman video, adalah didapati bahawa tembakan meriam air telah memasuki perkarangan HTS tetapi tidak dapat dipastikan sama ada tembakan meriam air memasuki atau terkena bangunan utama yang menempatkan pesakit. 148. W21 mengakui bahawa beliau telah melihat dan mengetahui kewujudan HTS dan HBC tetapi tetap menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta dan tembakan meriam air ini dipercayai telah memasuki perkarangan HTS dan HBC. Panel juga memandang berat tembakan gas pemedih mata di sekitar HTS dan HBC. Walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di dalam perkarangan HTS dan HBC, Panel berpendapat kesan gas pemedih mata dapat dirasai dan masuk ke dalam bangunan utama HTS. 149. Panel berpendapat bahawa walaupun tiada bukti dikemukakan bahawa gas pemedih mata dilepaskan ke dalam perkarangan HTS, gas pemedih mata yang dilepaskan di sekitar Jalan Pudu berkemungkinan besar memasuki HTS di mana kesan tersebut dirasakan oleh W22 dan juga W11 yang ditangkap di HBC yang terletak bersebelahan dengan HTS. Panel juga berpendapat bahawa tembakan 32

Выберите целевой абзац3