Penggunaan Kekerasan oleh Pihak PDRM untuk Melakukan Tangkapan terhadap Muhammad bin Sabu 72. Dalam kes ini Muhammad bin Sabu (W6), dalam keterangannya kepada Panel menyatakan bahawa beliau telah memasuki kawasan Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. Menurut beliau lagi, pada sekitar pukul 1.00 petang beliau telah membonceng sebuah motosikal menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor. 73. W6 seterusnya menyatakan beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja di sekitar Jalan Travers. Akibat daripada pelanggaran tersebut beliau telah terjatuh dan mengalami kecederaan parah sehingga memerlukan pembedahan. Mengikut W6 lagi, beliau hanya menyedari bahawa kenderaan tersebut adalah milik PDRM setelah pelanggaran tersebut benar-benar berlaku. 74. Selanjutnya W6 menyatakan beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan untuk beliau berhenti yang dibuat oleh mana-mana pegawai atau anggota Polis yang menahan beliau sebelum pelanggaran tersebut berlaku. 75. Mohd Zulkifli bin Abdul Halim (W7), pemandu motosikal tersebut, juga melalui kenyataan yang dibuat di hadapan Panel menyokong kenyataan W6 dengan sedikit pembetulan, iaitu pelanggaran tersebut sebenarnya berlaku di Bukit Persekutuan dan bukannya Jalan Travers. 76. Saksi-saksi dari PDRM, iaitu ASP Kamal Khan bin Mohd Sharif (W8) dan Lans Koperal Muhamad Fauzi bin Mustafa (W9) sebaliknya menyatakan bahawa mereka telah memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai dan anggota PDRM kepada W6 dan W7, dan telah beberapa kali mengeluarkan arahan kepada mereka melalui isyarat tangan dan laungan, bermula dari Jalan Travers sehingga lokasi pelanggaran supaya memberhentikan kenderaan tetapi tidak diendahkan. 77. Selanjutnya W9 mengatakan bahawa beliau telah melakukan sekatan dengan menggunakan kereta yang mempunyai lambang PDRM untuk menghalang W6 dan W7 dari melarikan diri. Mengikut keterangan W9 lagi, kenderaan yang dinaiki 18

Выберите целевой абзац3