MEDIA GAMBARAN KESELURUHAN Sepanjang tahun ini, SUHAKAM telah mengeluarkan 52 kenyataan media berhubung pelbagai isu hak asasi manusia termasuk isu kanak-kanak, Pilihan Raya ke-14, wanita, pendidikan, hukuman mati, migran, kebebasan berfikir, naluri hati dan agama, penukaran agama sebelah pihak, pemerdagangan manusia, kebebasan bergerak, Akta Hasutan, RUU Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, RUU Anti-Diskriminasi, RUU Harmoni Nasional dan Suruhanjaya Pendamaian dan RUU Kebencian Agama dan Kaum, Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), larangan merokok dan keadaan lokap polis. Dapat dilihat bahawa liputan media, termasuk media arus perdana mencapai peningkatan menjelang tahun. Dapat disimpulkan bahawa walaupun kebanyakan media membuat liputan yang tepat berhubung pendirian SUHAKAM terhadap pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia melalui kenyataan medianya, terdapat beberapa media yang memberi laporan tidak tepat mengenainya. Hal ini telah mengelirukan pembaca dan menyebabkan mesej yang ingin disampaikan tidak dapat difahami oleh mereka. Institusi media memainkan peranan yang amat penting dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dan SUHAKAM berharap media akan terus menyokong, menyampai dan menyediakan maklumat yang lengkap, adil dan tepat kepada masyarakat umum berhubung isu hak asasi manusia. SUHAKAM akan meneruskan usahanya bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan etika kewartawanan dan perlindungan hak asasi manusia dan bagaimana perkara tersebut boleh menyumbang kearah pembentukan masyarakat yang lebih baik. 1. Media sosial SUHAKAM sering kali menyalurkan maklumat berhubung aktiviti, sebarang kenyataan media dan mempromosi kefahaman tentang hak asasi manusia melalui Twitter, Facebook dan Instagram. 2. Dokumentari Hak Asasi Manusia Pada bulan Jun, SUHAKAM bekerjasama dengan Persatuan Belia Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu Malaysia (UNAM) dalam projek untuk menghasilkan dokumentari bertajuk, ”Hak Yang Hilang”. Tujuan dokumentari adalah untuk meningkatkan kesedaran, mencetuskan perbincangan serta pemahaman masyarakat terhadap isu-isu perkahwinan kanak-kanak, Orang Asli dan pekerja asing. Lebih daripada 20 sesi temu bual diadakan bersama-sama dengan pakar-pakar, Ahli Parlimen, pemimpin agama, pemimpin termasuk ahli komuniti. Dokumentari 20 minit ini telah ditayangkan semasa sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 9 Disember dan akan disiarkan melalui di saluran Youtube SUHAKAM di https://www.youtube.com/ user/SukahamVideo 48 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018

Select target paragraph3