BAB 1
Walaupun 66 peratus daripada responden memahami bahawa SUHAKAM memberi
perhatian terhadap semua isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia, 30 peratus
menganggap SUHAKAM memberi perhatian terhadap isu salah laku agensi kerajaan.
Hal ini seolah-olah mencadangkan bahawa sesetengah belia cenderung melihat
SUHAKAM sebagai mekanisme menangani ketidakpuasan hati yang mengendalikan
aduan dan salah laku pegawai kerajaan.
Suruhanjaya berasa gembira terhadap penilaian keseluruhan daripada peserta yang
menghadiri program “Youth for Rights” yang sangat menggalakkan. Peserta juga turut
memberi pelbagai cadangan membina dalam meningkatkan penyampaian program.
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
47