iv. 49 peratus daripada responden berpendapat bahawa SUHAKAM merupakan
sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia berbanding dengan
42 peratus yang berpendapat bahawa SUHAKAM ialah badan berkanun bebas
yang mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Baki 9 peratus berpendapat
bahawa SUHAKAM ialah sebuah jabatan kerajaan.
v. 95 peratus daripada responden memahami bahawa SUHAKAM memberi perhatian
terhadap semua isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia di negara ini
berbanding dengan 3 peratus yang menganggap SUHAKAM memberi perhatian
terhadap isu berkaitan dengan kepentingan parti politik tertentu, dan 2 peratus
menganggap SUHAKAM memberi perhatian terhadap isu salah laku agensi
kerajaan.
vi. 60 peratus daripada responden berpendapat bahawa SUHAKAM telah memenuhi
tanggungjawab setakat mana yang mampu, manakala 25 peratus berpendapat
bahawa SUHAKAM tidak cukup baik kerana kurangnya tindakan susulan daripada
pihak kerajaan. Sebanyak 15 peratus daripada responden berpendapat bahawa
SUHAKAM tidak dapat menjalankan fungsinya dengan cukup baik kerana
kuasanya terbatas.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa lebih 70 peratus daripada responden mengambil
berat tentang hak asasi manusia dan memahami konsep asas hak asasi manusia dan
beranggapan bahawa perlindungan hak asasi manusia diperluaskan kepada semua
orang termasuk tahanan dan banduan.
Terdapat perbezaan marginal (7 peratus) antara peratusan responden yang salah
anggap SUHAKAM sebagai sebuah NGO hak asasi manusia (49 peratus) dan peratusan
(42 peratus) responden yang memahami bahawa SUHAKAM sebuah badan berkanun
yang mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Walau bagaimanapun,
keputusan ini amat memberangsangkan bahawa majoriti (95 peratus) responden
mengetahui bahawa SUHAKAM telah menjalankan pelbagai isu hak asasi manusia
di negara ini.
Keputusan ini mencerminkan bahawa lebih daripada 60 peratus responden berpuas
hati dengan prestasi SUHAKAM, manakala kira-kira 20 peratus daripada responden
berasa bahawa SUHAKAM tidak melaksanakan peranannya dengan cukup baik dan
mereka mengaitkannya dengan kurangnya tindakan susulan oleh pihak kerajaan
atau kuasanya terbatas.
Keputusan ini menunjukkan keperluan berterusan bagi SUHAKAM untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai berkenaan dengan peranan dan fungsinya sebagai Institusi
Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang merupakan sebuah badan yang tubuhkan oleh
Parlimen untuk menghapuskan persepsi yang salah sebagai sebuah NGO.
42
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018