BAB 1
Rakan kempen berasa gembira dengan jaminan yang telah diberikan oleh AICHR
Malaysia bahawa mereka akan membawa memorandum tersebut kepada Menteri
Luar Negeri dan berbincang dengan Menteri tentang cadangan untuk menjadi tuan
rumah Dialog Peringkat Tinggi antara Kementerian untuk mengenal pasti harapan
masa depan untuk Malaysia meratifikasi UNCAT dalam tempoh tertentu.
c) Penilaian Penggalan Sejagat Ketiga Malaysia
Di samping Penilaian Penggalan Sejagat Ketiga Malaysia (UPR) yang berlangsung
pada 8 November di Geneva, Switzerland, delegasi SUHAKAM turut mengadakan
mesyuarat berasingan dengan Association for the Prevention of Torture (APT) dan
Convention Against Torture Initiative (CTI) pada 7 dan 8 November. Mesyuarat ini
bertujuan memperkukuh kerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa ke arah
menyokong Malaysia meratifikasi UNCAT serta meningkatkan bidang tugas dalam
mencegah tindakan penyeksaan di tempat-tempat tahanan.
SUHAKAM berasa gembira untuk menyatakan bahawa dalam UPR Ketiga Malaysia,
terdapat 15 syor khusus dalam meratifikasi Malaysia kepada UNCAT dan enam
syor menyeru antara lain, penghapusan penyeksaan dan segala bentuk tindakan
penyeksaan dan tidak berperikemanusiaan atau hukuman yang zalim termasuk
hukuman mati dalam kedua-dua sistem perundangan sivil dan syariah.
SUHAKAM berharap bahawa kerajaan akan memberi maklum balas positif terhadap
syor-syor ini dengan tujuan untuk menghalang, dan akhirnya menghapuskan sebarang
bentuk penyeksaan dan hukaman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau
menjatuhkan maruah di Malaysia.
2. Penyertaan Awam Dan Kemasyarakatan
a) Program SUHAKAM Bersama Masyarakat
SUHAKAM terus meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak asasi manusia
melalui program SUHAKAM Bersama Masyarakat di pelbagai tempat di negara ini.
Sepanjang tahun ini, SUHAKAM telah mengadakan lima siri yang diadakan di Wilayah
Persekutuan dan tiga negeri berlainan dengan jumlah penyertaan seramai 1,848 orang
telah mengambil bahagian. Butiran sesi adalah seperti yang berikut:
i.
PPR Beringin Kepong, Kuala Lumpur (25 Mac)
ii. PPR Pantai Dalam, Kuala Lumpur (29 Mac)
iii. Kuala Kangsar, Perak (24 Julai)
iv. Hulu Terengganu, Terengganu (4 Oktober)
v. Langkawi, Kedah (22 November)
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
39