Semasa menyampaikan memorandum kepada pihak terbabit, gabungan tersebut
juga menekankan fakta bahawa enam negara anggota ASEAN, iaitu Kemboja,
Indonesia, Laos, Filipina, Thailand dan Vietnam telah meratifikasi UNCAT dan 58 negara
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah meratifikasi konvensyen secara global.
AICHR mempunyai mandatnya dalam usaha untuk mempromosi dan melindungi hak
asasi manusia dan kebebasan asas rakyat ASEAN. Mandat ini harus memberi kuasa
AICHR untuk menyokong ke arah meratifikasi UNCAT di Malaysia sebagai kerajaan
ASEAN, termasuk Malaysia telah menyatakan sokongan menentang penyeksaan di
bawah Artikel 14 Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN. Rakan kempen ini berharap
agar AICHR Malaysia mengambil peranan proaktif dengan menyokong meratifikasi
UNCAT di Malaysia.
Memandangkan peranan penting KLN dalam memudahkan proses meratifikasi
triti dan memastikan pematuhan agensi pelaksana terhadap piawaian hak asasi
antarabangsa, rakan kempen menganggap perlu bagi KLN untuk membuka pintu
dan mengalu-alukan pelapor khas PBB untuk melakukan lawatan tambahan dan
kajian terhadap Malaysia.
Rakan Kempen ACT4CAT diketuai oleh Datuk Lok Yim Pheng menyampaikan
memorandum kepada Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN
mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) Encik Edmund Bon Tai Soon
38
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018