11. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pentadbir Sekolah Tahfiz/Agama
di Kuala Lumpur
Beberapa insiden telah dilaporkan berlaku di sekolah tahfiz atau sekolah agama di
dalam negara, termasuk kematian 21 orang pelajar dalam kebakaran pada tahun
2017. Daripada peristiwa ini mendorong SUHAKAM untuk menganjurkan satu program
kepada pentadbir sekolah tahfiz/agama untuk memberi pendidikan berkenaan hak
kanak-kanak terhadap pendidikan dan keselamatan. Dengan kerjasama Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan, SUHAKAM berjaya menganjurkan bengkel hak
asasi manusia kepada seramai 38 pentadbir sekolah tahfiz di Kuala Lumpur pada 3 - 4
Disember.
Selain memberikan pendidikan kepada peserta berkenaan Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-kanak (CRC), bengkel tersebut juga memberikan penerangan kepada peserta
berkenaan keperluan keselamatan bangunan mereka. Sesi tersebut dikendalikan
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Jabatan Kesihatan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur juga memberi pendidikan kepada peserta berkenaan
aspek kesihatan di sekolah berasrama.
Bengkel tersebut mendapat sambutan yang sangat baik. Jabatan Agama
mencadangkan agar bengkel ini dapat dianjurkan pada tahun hadapan kepada
sekolah tahfiz yang lain di Wilayah Persekutuan yang tidak dapat menyertai bengkel
kali ini.
12. Memorandum Persefahaman MoU dengan Universiti Utara Malaysia
(UUM)
SUHAKAM dengan UUM menandatangani MoU pada 16 Januari 2018 untuk
meningkatkan, menggalakkan dan membangunkan kerjasama berkaitan hak asasi
manusia berkenaan pendidikan, kajian dan khidmat masyarakat. Beberapa program
kerjasama telah dirancang bagi tempoh tiga tahun MoU.
Pada 25 April, SUHAKAM dan UUM bekerjasama untuk menyampaikan ceramah
pengenalan berkaitan hak kanak-kanak, yang memfokuskan kepada isu buli kepada
pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di Kedah. Beberapa aktiviti
telah dijalankan dengan dibantu oleh sukarelawan daripada UUM. Meskipun agak
mencabar untuk memastikan pelajar (daripada Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6) untuk
memberikan perhatian sepanjang program, mereka memberikan penyertaan yang
sangat memberangsangkan dalam aktiviti dan sesi soal jawab. Pada 26 April 2018,
program yang serupa dianjurkan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Syed Ibrahim, Kedah.
32
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018