terhadap piawaian antarabangsa berkenaan tahanan dan isu berkaitan pelarian. Berikut merupakan sesi yang telah dijalankan: Depot BAB 1 Bil. Tarikh 1. Bukit Jalil (Kuala Lumpur) 11 Oktober 2. Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 11 Oktober 3. Semenyih (Selangor) 16 Oktober 4. Lenggeng (Negeri Sembilan) 16 Oktober 5. Machap Umboo (Melaka) 24 Oktober 6. Pekan Nenas (Johor) 25 Oktober 7. Juru (Penang) 1 November 8. Langkap (Perak) 8 November 9. Belantik (Kedah) 21 November 10. Ajil (Terengganu) 27 November 11. Tanah Merah (Kelantan) 29 November 10. Program Training of Trainers dan Modul Latihan berkenaan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Felda Global Ventures Dalam MoU antara SUHAKAM dengan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) pada tahun lalu, SUHAKAM telah menyatakan komitmen untuk membangunkan satu modul latihan dan mengendalikan sesi Training of Trainers (TOT) berkenaan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Peringkat Operasi FGV. Modul tersebut dibahagikan kepada tiga seksyen, iaitu “Pengenalan kepada Hak Asasi Manusia dan SUHAKAM”; “Pengenalan kepada Perniagaan dan Hak Asasi Manusia”; dan, “Isu-isu Hak Asasi Manusia berkaitan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia”. Antara isu yang dibincangkan termasuklah hak pekerja gaji minimum, kontrak, keselamatan dan kesihatan, hak untuk terlibat dalam persatuan, kebebasan bersuara, penyimpanan pasport dan perumahan, gangguan seksual, diskriminasi, pemerdagangan orang dan buruh paksa, buruh kanak-kanak, alam sekitar, hak Orang Asli/Asal terhadap tanah adat dan pengusiran paksa serta mekanisme aduan. Susulan daripada modul latihan tersebut, SUHAKAM mengendalikan bengkel TOT di Pusat Latihan FGV, Kuala Lumpur, pada 4 - 6 Disember kepada 30 orang pegawai FGV. Mereka kemudiannya akan mengendalikan sesi latihan satu hari pada tahun 2019 kepada pegawai peringkat operasi di semua ladang FGV. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 31

Select target paragraph3