Markah Purata Ujian Sebelum Bengkel Markah Purata Ujian Selepas Bengkel Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Rekod, Jabatan Penjara Malaysia, 7-9 Ogos 20% 67% 2. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Penjara Malaysia, 15-16 Ogos 51.25% 69.93% 3. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Penjara Malaysia, 15 – 17 Oktober 34.82% 79.48% 4. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Rekod, Jabatan Penjara Malaysia, 13 – 15 November 46% 79% Bil. Program 1. BAB 1 Dua bengkel kepada Pegawai Rekod memberi fokus kepada pengurusan rekod banduan yang berkesan dan isu-isu yang boleh menghalang amalan hak asasi manusia dalam tugasan harian pegawai. M. Masran Muhamad daripada Bahagian Keselamatan dan Inteligen Jabatan Penjara dijemput untuk berkongsi pengetahuan tentang pengurusan rekod dan pelanggaran hak asasi manusia yang mungkin boleh berlaku disebabkan sistem pengurusan rekod yang lemah. Bengkel ini berjaya meningkatkan pengetahuan peserta tentang hak asasi manusia dan kenyataan ini dapat dilihat menerusi purata markah jawapan yang betul ujian sebelum dan selepas bengkel: Kedua-dua bengkel mendapat sambutan yang baik daripada peserta. Para peserta berkongsi beberapa cabaran yang mereka hadapi dan membuat beberapa pengesyoran untuk menambah baik penjara dengan mengambil pendekatan berasaskan hak asasi manusia. Kebanyakan peserta mencadangkan agar SUHAKAM meneruskan program latihan Pembangunan Modal Insan kepada Jabatan Penjara. 8. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pengarah Institusi Pemulihan AADK Pada tahun ini, SUHAKAM meluaskan kerjasamanya dengan agensi lain, iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), melalui mesyuarat kerja dengan Ketua Pengarah AADK, Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin pada awal tahun ini. Pada 12 – 14 Mac, SUHAKAM menganjurkan bengkel hak asasi manusia kepada 30 pengarah institusi pemulihan AADK termasuk Pengarah Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC), Cure and Care Vocational Centre (CCVC) dan Cure and Care Clinic (C&C) di Malaysia. Bengkel latihan ini dianjurkan di Pusat Latihan AADK di Sungai Petani, Kedah. Pegawai daripada Ibu Pejabat AADK turut menghadiri bengkel ini. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 29

Select target paragraph3