Jenayah” oleh Pesuruhjaya Dato’ Mah Weng Kwai. Caroline Samuel dan Devendiran
Paramanantham daripada UNHCR mengendalikan sesi kelima, iaitu “Perlindungan
Pelarian: Operasi dan Mandat UNHCR di Malaysia”.
Beberapa orang peserta memuji program tersebut dan mencadangkan agar tempoh
yang dilanjutkan lebih daripada satu hari serta melibatkan hakim mahkamah rendah
di negeri lain. SUHAKAM bercadang untuk menganjurkan bengkel latihan yang serupa
di negeri lain pada tahun akan datang.
7. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Rekod dan Penolong
Pegawai Perubatan di Penjara
Pada tahun 2018, SUHAKAM telah menganjurkan empat lagi bengkel hak asasi manusia
dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, dengan memberi fokus kepada “Hak
kepada Kesihatan di Penjara dan Pengurusan Rekod Banduan yang Berkesan”
sebagaimana di bawah:
Bil.
Program
Tarikh
1.
Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai
Rekod, Jabatan Penjara Malaysia
7 – 9 Ogos
2.
Bengkel Hak Asasi Manusia kepada
Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan
Penjara Malaysia
15 – 16 Ogos
3.
Bengkel Hak Asasi Manusia kepada
Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan
Penjara Malaysia
15 – 17 Oktober
4.
Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai
Rekod, Jabatan Penjara Malaysia
13 – 15
November
Tempat
Kota Kinabalu,
Sabah
Akademi Koreksional
Malaysia, Langkawi,
Kedah
Institut Koreksional
Malaysia, Tanjung
Kling, Melaka
Ipoh, Perak
Dua bengkel hak asasi manusia kepada penolong pegawai perubatan merupakan
kesinambungan daripada sesi yang serupa kepada pegawai perubatan yang
dikaderkan ke Jabatan Penjara, yang dijalankan pada tahun 2017. Lebih kurang 60
orang penolong pegawai perubatan yang bertugas di penjara seluruh negara telah
menyertai bengkel ini. Selain pegawai SUHAKAM yang menyampaikan maklumat
mengenai piawaian hak asasi manusia antarabangsa berkaitan hak kepada kesihatan
di penjara, SUHAKAM juga mengundang Dato’ Dr. Zahari Noor, Ketua Jabatan Forensik
Hospital Pulau Pinang dan Dr. Mohd Nor Hayat Mamat, Ketua Unit Perubatan di Jabatan
Penjara untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran tentang rawatan perubatan
kepada banduan serta peranan penolong pegawai perubatan dalam menyediakan
perkhidmatan kesihatan di penjara.
28
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018