berpusat di Kanada; dan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan
Sukan Malaysia.
iii. Sesi ke-tiga – “Kewajaran, Keperluan, Keabsahan dan Diperuntukkan oleh Undangundang: Pertimbangan kepada Ucapan Berunsur Fitnah dan Kebencian” - yang
dikendalikan oleh Pesuruhjaya Jerald Joseph. Ahli panel bagi sesi ini ialah Barbora
Bukovska, Pengarah Perundangan Article 19; dan Edmund Bon, the Wakil Malaysia
ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
iv. Sesi ke-empat tentang kerjasama antara Parlimen dengan pihak berkepentingan
yang lain, yang dikendalikan oleh Dr. Lim Ming Kuok. Ahli panel bagi sesi ini ialah
Bambang Harymurti, mantan Ahli Majlis Akhbar Indonesia dan Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) TEMPO; Pieter Knapen, Setiausaha Agung Majlis Akhbar Belgium;
dan Datuk A. Kadir Jasin, Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana
Menteri.
4. Seminar Hak Asasi Manusia dan Kepolisan
Polis merupakan barisan pertama yang melindungi hak asasi manusia. Mereka
merupakan penjaga undang-undang, termasuk undang-undang hak asasi manusia.
Menyedari akan peranan penting yang dimainkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),
SUHAKAM dengan kerjasama PDRM menganjurkan “Seminar Hak Asasi Manusia dan
Kepolisan” kepada pegawai polis peringkat atasan pada 2 Ogos di Maktab Polis Diraja
Malaysia di Kuala Lumpur.
Seminar ini merupakan satu platform perbincangan tentang cara untuk mengimbangi
ketenteraman awam dan hak asasi manusia, cabaran kontemporari serta kepentingan
untuk memastikan hak orang awam dan anggota polis sentiasa diberikan keutamaan.
Perkara ini termasuklah peruntukan kemudahan yang mencukupi serta memberi
perhatian kepada hal kebajikan dan keselamatan anggota polis. Seminar tersebut juga
membincangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai keseimbangan
antara ketenteraman awam dan hak asasi manusia yang lebih baik.
Seminar tersebut dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato’ Indera Khairul
Dzaimee menutup majlis dengan membaca ucapan daripada Ketua Setiausaha
Kementerian. Seramai lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada pengarah
dan timbalan pengarah pelbagai jabatan di Bukit Aman, Ketua Polis Negeri dan
Komandan institut latihan PDRM menghadiri seminar ini. Empat pegawai kanan
daripada KDN turut menyertai seminar ini bagi memastikan isu-isu yang dibincangkan
akan diangkat kepada Kementerian untuk pertimbangan. Pesuruhjaya Profesor Dato’
Dr Aishah Bidin mengendalikan sesi perbincangan. Ahli panel terdiri daripada Profesor
Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
yang berbicara tentang “Piawaian dan Amalan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
26
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018