BAB 1
Perundangan Negara dengan Piawaian Antarabangsa tentang Kebebasan
Menyatakan Pendapat, Akses kepada Maklumat dan Kebebasan Media pada 25
September. Selain meningkatkan kesedaran Ahli Parlimen yang baru dilantik tentang
piawaian antarabangsa berkenaan kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan
mendapatkan maklumat dan kebebasan media, perbincangan tersebut juga
memberikan peluang kepada pembuat undang-undang untuk berbincang dengan
lebih mendalam bersama pakar dari dalam dan luar negara untuk mengenal pasti
kelemahan undang-undang domestik bagi mengurangkan jurang dengan piawaian
antarabangsa. Seramai lebih kurang 70 peserta telah menyertai program tersebut.
Selain Ahli Parlimen dan pegawai mereka, pegawai daripada Jabatan Peguam
Negara, Parlimen Malaysia dan media juga turut hadir.
Perbincangan Meja Bulat dengan Ahli Parlimen: Menyelaraskan Perundangan Negara
dengan Piawaian Antarabangsa mengenai Kebebasan Menyatakan Pendapat,
Akses kepada Maklumat dan Kebebasan Media
Empat sesi perbincangan adalah seperti yang berikut:
i.
Sesi pertama tentang perkaitan antara piawaian antarabangsa, undang-undang
negara dan Perlembagaan Persekutuan yang dikendalikan oleh Dr. Lim Ming
Kuok. Ahli panel bagi sesi ini terdiri daripada Amos Toh, Penasihat Undang-Undang
kepada Pelapor Khas tentang Kebebasan Menyuarakan Pandangan dan
Pendapat; Jennifer Jokstad, Pegawai Hak Asasi Manusia di Pejabat Pesuruhjaya
Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) di Bangkok, dan Profesor Emeritus Datuk Dr.
Shad Saleem Faruqi, Pemegang Kerusi Tun Razak Universiti Malaya.
ii. Sesi kedua tentang akses kepada maklumat – pra-syarat kepada demokrasi yang
berfungsi - dikendalikan oleh Masjalizah Hamzah. Tiga ahli panel bagi sesi ini ialah
Kishali Pinto-Jayawardena, Pesuruhjaya kepada Hak kepada Maklumat (RTI) Sri
Lanka, Toby Mandel, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Undang-Undang
dan Demokrasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa Hak Asasi Manusia
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
25