domestik dan syariah, dan sentiasa
mempertimbangkan kepentingan kanakkanak serta mengelakkan tindakan yang
membawa kepada pencabulan hak
asasi manusia dan diskriminasi berterusan
terhadap kanak-kanak. Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, dengan sokongan daripada
masyarakat sivil dan SUHAKAM telah
mengadakan perbincangan serta
mengambil langkah ke arah menubuhkan
Suruhanjaya Kanak-kanak dalam masa
terdekat, yang akan menumpukan
kepada perlindungan dan mempromosi
hak kanak-kanak.
SUHAKAM telah menganjurkan
seminar Masjid Mesra OKU
pada 20 Oktober dengan
matlamat untuk memberikan
platform perbincangan isu-isu
substantif termasuk keperluan
dan hak mereka untuk
beribadat. Perbincangan
tersebut bertujuan untuk
mengenal pasti jalan
penyelesaian dan resolusi bagi
membangunkan dasar masjid
mesra OKU.
Orang kurang upaya (OKU) di Malaysia
masih kekal sebagai golongan yang tidak
bernasib baik dan ramai daripada mereka masih ketinggalan dari aspek ekonomi,
sosial, kebudayaan, agama, sivil atau politik. SUHAKAM telah menganjurkan seminar
Masjid Mesra OKU pada 20 Oktober dengan matlamat untuk memberikan platform
perbincangan isu-isu substantif termasuk keperluan dan hak mereka untuk beribadat.
Perbincangan tersebut bertujuan untuk mengenal pasti jalan penyelesaian dan resolusi
bagi membangunkan dasar masjid mesra OKU. SUHAKAM akan terus bekerjasama
dengan OKU dan organisasi mereka untuk mengenal pasti dan menggariskan isu-isu
yang dihadapi mereka termasuk undang-undang yang perlu dipinda atau dikemas kini.
Dari tahun 2012 hingga tahun 2018, kerajaan telah mengkaji dan membangunkan Pelan
Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) dan pelan ini telah dilancarkan
pada 1 Mac 2018. NHRAP mengandungi sebanyak 294 pelan tindakan dan merupakan
satu detik penting bagi penambahbaikan kedudukan hak asasi manusia di Malaysia.
Namun demikian, pelan tindakan tersebut didapati tidak mencapai standard. Pelan ini
telah gagal dalam mengambil kira aspek hak asasi manusia tertentu. Hal Ini berpunca
daripada ketiadaan atau kurangnya perundingan dengan para aktivis, penyokong
hak asasi, organisasi masyarakat sivil dan SUHAKAM dalam proses pembangunan pelan
tersebut. SUHAKAM ingin melibatkan diri dalam mesyuarat dan konsultasi berkaitan
bagi memastikan agar pelan tersebut dapat ditambah baik agar pelan ini relevan
dengan konteks Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
xvii