akan mengubah pendirian dan memegang komitmen penuh pada Janji 27 dalam Manifesto Pakatan Harapan. Pada pertengahan tahun 2018, SUHAKAM telah mencadangkan agar Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) membuat pindaan terhadap beberapa fasal dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. SUHAKAM juga mengingatkan kerajaan akan tanggungjawabnya untuk meratifikasi baki triti-triti hak asasi manusia antarabangsa. SUHAKAM turut memberi syor-syor untuk pembaharuan agensi kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihan raya, badan kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SUHAKAM juga memasukkan Laporan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal. IRC telah mengemukakan syor-syornya kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) untuk pertimbangan pelaksanaannya. SUHAKAM telah mengambil bahagian melalui beberapa siri mesyuarat teknikal dan telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pasukan petugas yang ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi mengkaji semula undang-undang keselamatan yang telah digunakan untuk menahan individu sewenang-wenangnya. SUHAKAM telah terlibat dalam kajian semula beberapa rang undang-undang, antara lainnya termasuklah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta ATIPSOM), Rang Undang-Undang (RUU) Harmoni, RUU Penginapan dan Perumahan Pekerja 2018 dan Peraturan Perumahan Pekerja 2018, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), pindaan kepada Akta Pekerjaan 1955 dan RUU Warga Emas. SUHAKAM menggesa kerajaan untuk membenarkan pelarian bekerja dan diberikan akses kepada pendidikan di Malaysia; dan memastikan mereka diberikan akses kepada penjagaan kesihatan berdasarkan keperluan tanpa berasa bimbang kerana tidak berkemampuan atau risiko ditahan. SUHAKAM juga telah menjalankan Siasatan Awam tentang kehilangan Pastor Raymond Koh, aktivis sosial Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmi dan isterinya, Ruth Sitepu sejak tahun 2017. Adalah diharapkan penerbitan laporan Siasatan Awam tentang kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat akan membolehkan SUHAKAM untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa yang berkaitan bagi menggalakkan perbincangan ke arah pengesahan Konvensyen bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Paksa (ICPPED). SUHAKAM menerima aduan daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kebanyakan aduan merupakan isu berhubung tahanan; tangkapan; pencabulan hak kepada kehidupan yang mencukupi; kekejaman, tidak berperikemanusiaan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 xv

Select target paragraph3