S UHAKAM kekal bertekad memainkan peranannya untuk mempromosi dan menangani isu-isu hak asasi manusia di Malaysia. Hakikatnya, masih terdapat golongan tertentu dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya daripada komuniti agama atau kumpulan politik yang melihat norma-norma hak asasi manusia dan kebebasan untuk memilih sebagai satu ‘ancaman’ kepada kepercayaan dan fahaman politik mereka. Terdapat banyak cabaran, termasuk pencabulan hak asasi manusia kumpulan rentan, migran, golongan B40 serta orang dalam tahanan. Dakwaan tentang penyeksaan dan penganiayaan semasa dalam jagaan pihak berkuasa di pusat tahanan serta kes-kes penderaan dan pencabulan hak kanakkanak berlaku dengan kekerapan yang amat membimbangkan. Masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami atau enggan menerima konsep hak asasi manusia untuk semua. Amat malang sekali pada akhir bulan Disember 2018, apabila satu perhimpunan awam untuk membantah pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia telah diadakan. Hal ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia membenarkan diskriminasi kaum untuk berlaku. Terdapat juga bantahan daripada golongan yang membantah tuntutan untuk kesaksamaan gender. Kajian SUHAKAM tentang Diskriminasi terhadap Golongan Transgender di Kuala Lumpur dan Selangor menggambarkan kurangnya kesedaran atau pemahaman tentang orientasi seksual dan identiti gender dan diskriminasi yang meluas terhadap golongan transgender, termasuk berkaitan akses kepada pendidikan, kesihatan, pekerjaan, perumahan dan kemudahan awam serta hak kepada maruah. SUHAKAM meneruskan usaha untuk menyokong hak Orang Asli/Asal khususnya berkaitan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli/Asal, dan juga mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu pentadbiran tanah. SUHAKAM telah menjalankan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/ Asal di Malaysia pada tahun 2010 dan laporannya telah diterbitkan pada tahun 2013. SUHAKAM kesal dengan kelewatan penerimaan dan pelaksanaan 18 syor dapatan Inkuiri Nasional tersebut. SUHAKAM akan terus bekerjasama dengan Menteri dan Kementerian/pihak berkuasa berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian yang positif bagi semua pihak. SUHAKAM telah menjalankan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia pada tahun 2010 dan laporannya telah diterbitkan pada tahun 2013. SUHAKAM kesal dengan kelewatan penerimaan dan pelaksanaan 18 syor dapatan Inkuiri Nasional tersebut. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 xiii

Select target paragraph3