perjuangan SUHAKAM dan kami akan terus berusaha untuk meyakinkan 13 kerajaan negeri untuk turut serta, dan seterusnya memastikan pelaksanaan, penguatkuasaan dan pemantauan komitmen ini. SUHAKAM mengakui bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan dalam meminda undang-undang, infrastruktur serta sikap walaupun Malaysia telah pun menyertai Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya pada tahun 2010. Sesi bersama masyarakat, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan amat perlu sebelum Kuala Lumpur dan juga Malaysia mengakui bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai akses yang lengkap bagi orang kurang upaya. Pembelaan merupakan bidang kerja yang penting bagi kami di SUHAKAM, tetapi dengan kebangkitan menuju ke era baharu, matlamat kami adalah untuk terus bergerak melangkaui pembelaan semata-mata dan untuk membuat perbezaan yang nyata kepada sistem yang sedia ada. Senario di atas hanyalah satu gambaran, setahun dalam perjalanan selama berdekad dalam promosi dan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia. Kami di SUHAKAM pastinya akan terus melaksanakan tanggungjawab kami. Walau sesukar mana, masih jauh perjalanan yang harus dituju sehingga kami boleh menjadikan hak asasi manusia di Malaysia sebagai sesuatu yang dapat dihormati oleh dunia. TAN SRI RAZALI ISMAIL PENGERUSI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 xi

Select target paragraph3