Hak asasi manusia di Malaysia
dan SUHAKAM menerima
tamparan besar dengan
tindakan kerajaan untuk
mengundurkan diri daripada
menyertai sambutan Hari Hak
Asasi Manusia Sedunia yang
telah disalah ertikan sebagai
perhimpunan balas kerana
tunduk kepada tekanan
politik untuk menolak
penyertaan Konvensyen
Antarabangsa Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi
Kaum (ICERD).
kerana tunduk kepada tekanan politik
untuk menolak penyertaan Konvensyen
Antarabangsa Penghapusan Segala
Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Kumpulan yang menentang penyertaan
mendakwa bahawa penyertaan tersebut
akan membatalkan dan meleraikan
kontrak sosial yang telah dibina berasaskan
tindakan afir matif dan hak istimewa
orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan. Namun begitu, SUHAKAM
akan tetap meneruskan usaha kami
dalam menyakinkan kerajaan untuk
mengutamakan hak asasi manusia sebagai
satu keperluan dalam pembangunan sosial
dan ekonomi di Malaysia.
Untuk bahagian kami, masa depan
SUHAKAM kelihatan cerah.
SUHAKAM telah menambahkan sesi libat urus dengan pembuat dasar dan Menterimenteri dalam usaha kami untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman hak
asasi manusia dari sudut perundangan dan berjaya menganjurkan satu program
usaha sama pertamanya dengan Pejabat Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat
untuk Ahli Parlimen pada 25 September. Aktiviti SUHAKAM buat masa ini lebih kepada
meningkatkan ketelusan dan kebebasan tadbir urus SUHAKAM dengan perancangan
terdekat adalah bertanggungjawab dan melapor terus kepada Parlimen. Kebebasan
SUHAKAM akan dipertingkatkan lagi di bawah Parlimen dan akan memberi kekuatan
untuk menggerakkan hak asasi manusia sebagai nadi kepada negara dan untuk Ahli
Parlimen percaya kepada kepentingan hak asasi manusia.
Melihat kepada situasi semasa Malaysia yang tidak memberangsangkan dalam
perlindungan hak dan kebajikan kanak-kanak yang termasuk antara lainnya isu
perkahwinan kanak-kanak, penahanan dan tanpa kewarganegaraan, SUHAKAM
gembira dengan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak dan menyatakan
sokongan mereka terhadap usaha ini. SUHAKAM dengan usaha sama Kementerian
Pendidikan juga telah membangunkan Modul Hak Asasi Manusia untuk pelajar-pelajar
UPSR dan PT3 dan modul ini telah pun dilaksanakan di beberapa sekolah. Maklum balas
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
ix