MODUL 1:
HAK ASASI MANUSIA DI MATA SAYA
Murid dapat :
i. mengetahui perkara asas hak kanak-kanak.
Objektif
:
ii. membezakan antara keperluan dan kehendak.
iii. mengenal pasti artikel yang sesuai dalam Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dalam aktiviti ini.
Nilai
: Tanggungjawab, Kerjasama, Hormat-menghormati
Jenis aktiviti
: Pengucapan umum
Bahan bantu belajar : Kertas mahjong, pen marker dan artikel senario
Lokasi
: Di dalam atau di luar bilik darjah
Tempoh masa
: 1 Jam 30 Minit
Langkah-langkah pelaksanaan
Aktiviti 1
a. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan mengandungi
5 hingga 8 orang.
b. Berikan setiap kumpulan kertas mahjong dan pen marker.
c. Guru menyenaraikan 20 barangan/perkara (Lampiran 1).
Aktiviti 2
d. Guru membaca Senario I (Lampiran 2).
e. Murid diminta untuk membuat pilihan dengan mengambil kira persetujuan
semua ahli kumpulan sambil cuba membezakan kehendak dan keperluan untuk
hidup sejahtera di pulau tersebut. Setelah mendapat 16 pilihan, seorang wakil
kumpulan akan menulisnya di atas kertas mahjong dan membentangkannya.
Aktiviti 3
f. Guru membaca Senario II (Lampiran 3).
g. Murid diminta untuk membuat pilihan dengan mengambil kira persetujuan
semua ahli kumpulan sambil cuba membezakan kehendak dan keperluan untuk
hidup sejahtera di pulau tersebut. Setelah mendapat 10 pilihan, seorang wakil
kumpulan akan menulisnya di atas kertas mahjong dan membentangkannya.
8