3. Adakah sifat-sifat yang dibincangkan hari ini tepat dan betul? Berikan alasan kepada jawapan tersebut. 4. Apakah akibat stereotaip? 5. Apakah yang kamu boleh lakukan jika terjumpa dengan seseorang yang tidak menghormati kamu atau orang lain hanya kerana ada perbezaan dengan beliau atau mereka? 6. Berdasarkan UDHR dan CRC, apakah hak kanak-kanak yang dicabuli di dalam kes ini? Refleksi: Guru memberi penjelasan lanjut mengenai stereotaip dan akibatnya kepada sesama manusia serta maruah diri. Nota rujukan guru: i. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel UDHR yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii. UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. iii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam CRC. iv. Terdapat 54 Artikel di dalam CRC. v. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. vi. Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) vii. Gender merujuk kepada sikap perasaan dan kelakuan yang dikaitkan dengan biologi seks (lelaki, wanita atau khunsa) seseorang individu dalam sesuatu budaya- American Pyschology Association (APA) Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini: • Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi. • Artikel 5. CRC. Bimbingan ibu bapa dan keupayaan berkembang kanakkanak. • Artikel 24. CRC. Hak kepada kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. • Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak. • Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara. • Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak. • Artikel 17. CRC. Akses kepada maklumat yang sewajarnya. 82

Select target paragraph3