MODUL 19: ADAKAH GENDER PENTING? Murid dapat : i. memahami maksud gender. Objektif : ii. mengenal pasti sebab-sebab peminggiran antara jantina. diskriminasi dan iii. mengenal pasti cara-cara untuk menyokong inklusiviti dan sokongan sosial kepada semua murid. Menjaga maruah,anti-diskriminasi, adil, hormatmenghormati Nilai : Jenis aktiviti : Kerja kumpulan Gambar lelaki dan wanita dari akhbar/ majalah/ katalog/ risalah/ pamplet, kertas mahjong 2 keping untuk setiap Bahan bantu belajar : kumpulan, pen marker, pita pelekat dan dokumen Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Lokasi : Bilik darjah/dewan/kantin Tempoh masa : 1 Jam 30 Minit Langkah-langkah pelaksanaan: Aktiviti 1 1. Murid diminta menggunting dan menampalkan gambar lelaki dan wanita di atas manila kad yang berlainan. 2. Pamerkan manila kad yang siap ditampal gambar-gambar tadi di papan putih/ dinding kelas. 3. Setiap murid diberikan 2 keping kertas pelekat dan tulis sifat lelaki dan wanita. 4. Lekatkan kertas pelekat pada setiap gambar jantina yang bersesuaian. 5. Guru menjelaskan kepada murid berkenaan stereotaip sifat-sifat lelaki dan wanita. Murid diminta memberi penerangan mengenainya. Aktiviti 2 1. Murid diminta berada dalam kumpulan mengikut jantina dan tulis sifat jantina kumpulan mereka, di atas kertas mahjong yang disediakan. 2. Bandingkan sifat-sifat yang mereka kemukakan oleh setiap kumpulan dan minta beri penjelasan mengapa mereka berpendapat sedemikian. Aktiviti 3 Sesi soal jawab 1. Namakan aktiviti yang telah dijalankan hari ini. 2. Adakah kamu bersetuju dengan kategori sifat-sifat yang diberikan kepada lelaki dan wanita? 81

Select target paragraph3