Aktiviti 2 1. Bagaimanakah perasaan kamu ketika melakukan aktiviti tadi? Dalam satu perkataan terangkan aktiviti yang telah dijalankan hari ini. 2. Adakah mudah untuk bercakap mengenai perasaan kasih sayang dan cinta? Berikan alasan kepada jawapan tersebut. 3. Mengapakah kita perlu ada perasaan kasih sayang? 4. Bagaimanakah cara kamu menghormati diri sendiri dan menghormati orang lain dalam satu hubungan? 5. Apakah makna kebebasan dan kesamarataan dalam satu-satu hubungan? 6. Adakah konflik dan salah faham (jika berlaku) adalah perkara normal dalam satu-satu hubungan? 7. Adakah keganasan boleh diterima dalam satu-satu hubungan? 8. Bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan pendapat tanpa menggunakan kekerasan/keganasan? 9. Apakah yang boleh kita lakukan jika orang yang kita sayangi dan kasihi tidak menghormati kita? 10. Apakah yang akan kita lakukan apabila seorang rakan mengadu bahawa beliau kerapkali dikasari oleh ibubapanya? 11. Bolehkah benang (hubungan) yang putus tadi disambung semula dan bagaimanakah caranya? 12. Berdasarkan UDHR dan CRC, apakah hak kanak-kanak yang dicabuli di dalam kes ini? Refleksi: Murid diberi peluang untuk menjelaskan refleksi emosi mereka semasa melakukan aktiviti sesi soal jawab dan kaitannya dengan hak kanak-kanak. Nota rujukan guru: i Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan yang dimiliki semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel UDHR yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari 79

Select target paragraph3