MODUL 18:
JARINGAN KASIH
Murid dapat :
Objektif
:
i. menambah pengetahuan dan kefahaman murid
mengenai hak asasi manusia dan menyedari bahawa
hubungan baik serta menghormati sesama insan
adalah penting.
ii. mengenal pasti perasaan kasih sayang antara satu
sama lain.
iii. mengetahui cara untuk menghormati diri sendiri dan
orang lain.
Menjaga maruah, bertanggungjawab,hormatmenghormati, hak kesamarataan, adil
Nilai
:
Jenis aktiviti
: Aktiviti kumpulan
4 gelung tali, dokumen Konvensyen Mengenai Hak KanakBahan bantu belajar : kanak (CRC) dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
(UDHR)
Lokasi
: Bilik darjah/dewan/kantin
Tempoh masa
: 1 Jam 30 Minit
Langkah-langkah pelaksanaan:
Aktiviti 1
1. Murid dimaklumkan oleh guru bahawa aktiviti ini akan secara simbolik
menjadi satu jaringan yang mewakili hubungan kasih sayang antara kita
dan orang yang kita kasihi.
2. Semasa melakukan aktiviti, kumpulan akan membina satu ”sarang labahlabah” menggunakan gulungan tali yang diberikan.
3. Murid diminta membuat satu bulatan yang terdiri daripada 20 orang murid
bagi setiap kumpulan. Murid pertama yang diberikan bola benang akan
menyebut ”Menyayangi seseorang bermakna.......saya tidak menyakiti
hatinya.” Selepas itu beliau akan melemparkan bola benang itu kepada
rakannya yang berada bertentangan dengan beliau.
4. Aktiviti yang sama diulang sehingga semua murid mendapat giliran dan
membentuk satu model sarang labah-labah.
5. Murid diminta untuk berfikir sesuatu perkara yang boleh menyebabkan
hubungan terputus (contoh: dengan kawan rapat, ahli keluarga, kekasih
dan lain-lain).
6. Setiap kali murid menjawab beliau menggunting tali yang menghubungkan
beliau dengan rakan lain. Ulang sehingga sarang labah-labah tadi musnah.
78