Soalan Guru:
1. Sebagai seorang kanak-kanak, adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan
memberi kepuasan dan keseronokan kepada anda?
2. Adakah anda diberi peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini di luar waktu
persekolahan?
3. Adakah anda memerlukan orang lain untuk mewarnai kehidupan anda?
4. Adakah anda merasa selesa menjalankan kehidupan di bawah tekanan?
Refleksi:
Murid diberi peluang untuk menjelaskan refleksi emosi mereka semasa melakukan
aktiviti dan kaitannya dengan hak kanak-kanak.
Nota rujukan guru:
i Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia.
Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat (UDHR) yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
pada 10 Disember 1948.
ii
UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari
segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit,
jantina dan pangkat.
iii Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-kanak (CRC).
iv Terdapat 54 Artikel di dalam CRC.
v Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini:
• Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi.
• Artikel 17. CRC. Akses kepada maklumat yang sewajarnya.
• Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara.
• Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak.
• Artikel 23. CRC. Hak kanak-kanak kurang upaya.
• Artikel 30. CRC. Hak kanak-kanak minoriti atau penduduk asli.
• Artikel 31. CRC. Aktiviti masa lapang, rekreasi dan kebudayaan.
77