MODUL 16:
KERUSIKU SAYANG
Murid dapat :
i. menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai
hak asasi kanak-kanak.
Objektif
:
ii. memperkembangkan kefahaman asas mengenai
tiada diskriminasi.
iii. membantu orang lain memahami hak mereka.
Nilai
: Tanggungjawab/kerjasama/hormat-menghormati
Jenis aktiviti
: Lakon peranan dan perbincangan
Bahan bantu belajar : Kerusi, kad situasi dan plastik
Lokasi
: Dewan/padang sekolah
Tempoh masa
: 45 Minit
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan (8 orang).
2. Setiap kumpulan akan diedarkan kad situasi.
3. Murid diberi masa 10 minit untuk berbincang dan seterusnya melakonkan situasi
berdasarkan senario yang diberi.
Senario
A adalah seorang murid Tingkatan 3 berasal dari Gombak baru sahaja ditimpa
kemalangan. Beliau mengalami kecederaan kaki kanan dan kaki kirinya patah.
Pada hari peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), A tidak dapat bergerak dengan
pantas untuk ke dewan peperiksaan kerana tiada kerusi roda. Berdasarkan situasi
A, bincangkan apa peranan anda sebagai sahabat baik untuk membantunya ke
dewan peperiksaan.
Soalan Guru
1. Nyatakan isu yang terdapat di dalam kes ini.
2. Nyatakan langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah yang
dihadapi.
3. Nyatakan tempat di mana kanak-kanak ini boleh mengadu.
4. Bincangkan sama ada sekolah mempunyai kemudahan atau akses yang
bersesuaian sekiranya perkara ini berlaku.
74
74