MODUL 13: JATI DIRI Murid dapat : Objektif : i. menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia dan memperkukuhkan identiti serta jati diri. ii. mengenal pasti identiti diri seperti bangsa dan agama anutan masing-masing. iii. mengamalkan asas identiti diri dalam kehidupan seharian. Nilai : Maruah diri/hormat-menghormati/bertanggungjawab Jenis aktiviti : Tayangan video/pembentangan Bahan bantu belajar : Laptop, LCD, speaker, video, Alat Pandang Dengar (APD), kertas mahjong dan pen marker Lokasi : Bilik Alat Pandang Dengar (APD) Tempoh masa : 1 Jam 20 Minit Langkah-langkah pelaksanaan: Aktiviti 1 1. Murid dibahagikan dalam bentuk kumpulan seramai 3-4 orang dari pelbagai agama dan bangsa. 2. Setiap kumpulan diberikan kad kosong dan murid diminta menulis bangsa, bahasa dan agama (1 minit). 3. Murid diminta menunjukkan kad tersebut dalam kumpulan masing-masing dan berbincang dalam kalangan ahli kumpulan. Aktiviti 2 1. Guru menayangkan video kepada semua murid (durasi 5 minit). 2. Selesai tayangan video, guru menanyakan soalan terbuka kepada semua murid-murid. i. Apakah topik yang dapat murid fahami dari tayangan video tadi? ii. Sebagai rakyat Malaysia, apakah hak anda dalam mengekalkan identiti diri anda? 3. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong, pen marker pelbagai warna untuk menyenaraikan hak-hak mereka dari hasil perbincangan bagi mengekalkan identiti bangsa (15 minit). 4. Setiap kumpulan diminta menampalkan hasil tugasan mereka di dinding kelas dan sesi pembentangan dijalankan. 64

Select target paragraph3