MODUL 12:
YUMIE-YUMIE
Murid dapat :
Objektif
:
i. kemahiran menggunakan dokumen Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)untuk mengetahui
hak-hak mereka sebagai kanak-kanak.
ii. menjadi lebih berani melontarkan idea dan
menghormati pendapat orang lain walaupun berbeza
pandangan.
iii. menghargai kepelbagaian masyarakat Malaysia
Hormat-menghormati, tanggungjawab, kerjasama,
toleransi dan adil
Nilai
:
Jenis aktiviti
: Ekspresi
Bahan bantu belajar : Kertas mahjong, pen, pensel dan dokumen CRC dan UDHR
Lokasi
: Bilik darjah/Dewan
Tempoh masa
: 1 Jam
Langkah-langkah pelaksanaan:
Arahan
1. Bahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelbagai
bangsa dan berikan nama kumpulan.
2. Setiap murid diberikan kertas mahjong.
3. Murid diminta menyenaraikan nama makanan tradisional masing-masing dan
menulis di kertas mahjong.
4. Murid perlu menitik beratkan sensitiviti bangsa dan agama semasa memilih
menu agar tidak menjadi isu perkauman.
5. Murid diminta mereka cipta lirik lagu berdasarkan satu jenis makanan.
6. Kumpulan murid bersedia untuk membuat persembahan.
Soalan dari guru
1. Kenapa anda memilih makanan tersebut?
2. Adakah kumpulan anda menghadapi sebarang masalah dalam memilih
makanan?
62