iii. Apakah kesannya jika gambar ke 2 dan 3 berlaku pada diri kamu atau individu lain? Apakah cadangan yang boleh membantu kamu dan mereka untuk mengatasi perkara tersebut? 4. Guru menceritakan kisah kejayaan pada gambar yang pertama dan merumuskan kesan negatif pada kotak 2 dan 3. Aktiviti 3 1. Guru meminta murid untuk melihat gambar yang ke 4 yang diisi dengan cermin. 2. Murid-murid yang telah melihat gambar dalam kotak ke 4 perlu merahsiakan daripada murid yang belum melihatnya. 3. Guru kemudiannya meminta murid untuk melihat cermin tersebut bersamasama rakannya dan cuba memuatkan seramai mungkin di dalam cermin tersebut. 4. Guru mengemukakan soalan : - Mengapa imej pada cermin tersebut kelihatan seperti itu? (Imej murid yang di hadapan kelihatan jelas dan besar manakala imej murid di belakang semakin mengecil). Refleksi: 1. Hargailah diri sendiri. 2. Hargailah peluang dan ruang. 3. Hargailah keamanan yang dikecapi. 4. Jauhilah perbuatan yang merosakkan masa depan murid seperti membuli. 5. Hanya anda sahaja yang mampu mengubah diri anda. 6. Binalah masa depan yang lebih cerah, cemerlang dan aman melalui kisah orang yang berjaya. 7. Maklumkan tempat untuk membuat aduan sekiranya terjadi kejadian buli atau pengabaian. 8. Murid perlu sentiasa kehadapan untuk berjaya tetapi tidak boleh melupakan yang di belakang. 59

Select target paragraph3