MODUL 11: KOTAK ILUSI Murid dapat : i. mengenal pasti hak asasi yang berhubung dengan diskriminasi yang memberi kesan kepada kanakkanak. Objektif : ii. membina personaliti yang mempunyai sikap positif terhadap persekitaran. iii. mengambil pengajaran melalui cerita atau kisah orang yang berjaya. iv. menghargai diri dan masyarakat. Nilai : Kerjasama, prihatin,bertolak ansur Jenis aktiviti : Pengucapan Bahan bantu belajar : Kotak/cermin/gambar Lokasi : Dewan/Kelas Tempoh masa : 1 Jam Langkah Pelaksanaan: Aktiviti 1 1. Guru meletakkan gambar dalam kotak pada tempat yang berbeza. Setiap kotak mempunyai 3-4 gambar. 2. Terdapat 4 kotak yang mempunyai gambar yang berbeza: a) b) c) d) Kotak 1 – gambar orang yang berjaya, Kotak 2 – kanak-kanak yang dibuli, Kotak 3 – kanak-kanak yang terbiar tanpa pengawasan, Kotak 4 – kotak yang diisi dengan cermin. Aktiviti 2 1. Guru meminta murid berjalan dan melihat kotak 1, 2, dan 3 secara teratur dan bergilir-gilir. 2. Guru meminta murid bercerita berdasarkan gambar yang telah dilihat di dalam setiap kotak. 3. Guru bersoal jawab dengan murid : i. Apakah yang akan berlaku jika gambar dalam kotak 2 dan 3 terjadi pada murid? ii. Bagaimana pula jika gambar dalam kotak 2 dan 3 berlaku pada orang yang berjaya dalam kotak 1? 58

Select target paragraph3