MODUL 10: TEKA SILANG KATA Murid dapat : Objektif : i. memupuk minat dan menambahkan kefahaman tentang istilah-istilah hak asasi manusia dan hak kanakkanak. ii. mengumpul maklumat asas mengenai hak asasi manusia dan hak kanak-kanak. iii. menggunakan dokumen hak asasi manusia dan memahaminya untuk kegunaan hidup seharian. Nilai : Bekerjasama, bertolak ansur, berusaha Jenis aktiviti : Kuiz (mencari perkataan tersembunyi) Bahan bantu belajar : Kertas silang kata, alat tulis Lokasi : Di dalam bilik darjah Tempoh masa : 1 Jam Langkah-langkah pelaksanaan: 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil yang mengandungi 5 orang setiap kumpulan. 2. Arahkan murid untuk membaca dan memahami semua artikel yang disediakan sebelum mencari perkataan-perkataan tersembunyi secara teliti. 3. Ingatkan murid bahawa setiap artikel mempunyai satu atau dua perkataan tersembunyi untuk dikenal pasti. Bagi memudahkan murid-murid, perkataanperkataan yang perlu dikenal pasti telah digariskan. 4. Berikan masa selama satu jam untuk setiap kumpulan mencari perkataan tersembunyi masing-masing. 5. Tukarkan kertas jawapan kepada kumpulan lain untuk disemak. 6. Berikan jawapan kepada seluruh bilik darjah dan semak markah setiap kumpulan. Perbincangan berkumpulan dan kesimpulan: Selepas tamat permainan, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit refleksi mengenai perkataan tersembunyi yang telah mereka temui dalam aktiviti berkenaan. Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak asasi manusia. 54

Select target paragraph3