Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di sekolah-sekolah. Program ini bertujuan
mewujudkan sekolah mesra hak asasi manusia, iaitu sekolah yang mengamalkan hak
asasi manusia dalam pelaksanaan pendidikan kepada warga sekolah. Program ini
menggalakkan pewujudan persekitaran dan komuniti sekolah yang peka kepada
amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak dalam aspek pengajaran,
pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mengamalkan sifat
hormat-menghormati dan bertanggungjawab dalam kalangan semua warga sekolah.
Pada tahun 2018, program ATHAM dijalankan di 222 buah sekolah yang telah dipilih
oleh KPM berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan bersama. Ia meliputi
sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah
Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Bagi memantapkan impak hak asasi manusia di sekolah, SUHAKAM dengan kerjasama
KPM kini memperkenalkan modul-modul hak asasi manusia untuk murid yang baru
selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3).
Modul Hak Asasi Manusia Pasca UPSR & PT3
Modul Hak Asasi Manusia Pasca UPSR dan Modul Hak Asasi Manusia Pasca PT3
dibangunkan oleh SUHAKAM dengan sokongan KPM, beserta input dari Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM.
Modul-modul aktiviti ini bertujuan memperkenalkan murid kepada prinsip-prinsip dan
terma-terma hak asasi manusia termasuklah hak kanak-kanak seperti ‘kesaksamaan’
dan ‘tiada diskriminasi’. Pada masa yang sama, ia menekankan kesejagatan dan
hubung kait satu hak kepada hak yang lain. Modul-modul ini mengandungi aktivitiaktiviti praktikal yang berhasrat untuk mengajar murid tentang aplikasi hak asasi
manusia dengan mengambilkira konteks sosial dan kebudayaan Malaysia.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti di dalam modul-modul ini menggalakkan Kemahiran
membimbing murid dengan memberikan objektif dan strategi setiap aktiviti, serta
prinsip-prinsip am berkaitan, manakala, murid dikehendaki menjalankan kajian,
mengolah pendapat, membuat pembentangan dan sebagainya. Oleh yang
demikian, penyertaan aktif dan pemerkasaan murid untuk mengenal pasti isu dan
penyelesaian yang mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia dapat dipastikan.
4