C. Soalan mengenai maruah dan harga diri:
i) pada pendapat kamu, adakah sumber maklumat ini boleh memudaratkan
kamu?
ii) adakah sumber maklumat ini menyumbang kepada usaha menghargai
maruah manusia?
iii) apakah hubung kait maruah manusia dengan hak asasi manusia?
3. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.
Refleksi
Guru membuat rumusan mengenai kepentingan penggunaan media dan langkahlangkah yang sewajarnya bagi mengelakkan diri daripada kemudaratan.
Guru meminta murid memberikan refleksi. Guru perlu mengambil kira sensitiviti murid.
Nota rujukan guru:
i Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia.
Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat (UDHR) yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.
ii
UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari
segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit,
jantina dan pangkat.
iii Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam CRC.
iv Terdapat 54 Artikel di dalam CRC.
v Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini:
• Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak.
• Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak.
• Artikel 17. CRC. Akses kepada maklumat yang sewajarnya.
• Artikel 5. CRC. Bimbingan ibu bapa dan keupayaan berkembang kanak-kanak.
48