MODUL 9:
USE ME WISELY
Murid dapat :
Objektif
:
i. mengetahui tentang akses kepada maklumat
daripada pelbagai sumber media massa untuk
menyebarkan maklumat yang mempunyai faedah
sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak.
ii. memilih sumber yang mempunyai maklumat yang
berguna kepada mereka secara positif.
iii. memahami hak mendapatkan maklumat dan bahan
yang mempunyai faedah sosial seperti kebudayaan.
Nilai
: Tanggungjawab,hormat-menghormati dan penyertaan.
Jenis aktiviti
: Pengucapan umum.
Dokumen Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC),
Bahan bantu belajar : sampul yang mengandungi gambar-gambar media
massa.
Lokasi
: Bilik darjah
Tempoh masa
: 1 Jam
Langkah pelaksanaan:
1. Setiap kumpulan diberi sampul yang mengandungi gambar-gambar media
massa seperti suratkhabar, radio, tv, komputer, telefon bimbit, komputer riba, talian
internet, facebook, whatsapp dan majalah (lampiran gambar) .
2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu jenis media massa dan bincangkan
soalan-soalan berikut:
A.
Soalan mengenai hak memilih sumber maklumat:
i) mengapakah kamu memilih sumber maklumat ini?
ii) apakah kepentingan sumber maklumat yang kamu pilih?
iii) bagaimana sumber maklumat ini membantu dalam penyebaran maklumat?
B.
Soalan mengenai faedah sumber maklumat:
i) pada pendapat kamu, apakah faedah sumber maklumat yang kamu pilih?
ii) adakah sumber maklumat ini dapat membantu kamu dalam kehidupan
seharian?
iii) adakah sumber maklumat ini dapat meningkatkan prestasi anda
dalam pelajaran?
47
47