MODUL 8: SAYANGI DIRI Murid dapat : Objektif : i. memahami tentang kepentingan menjaga kesihatan diri sendiri. ii. pengetahuan dan kesedaran mengenai hak kesihatan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan Tanggungjawab/diskriminasi (tidak menghalang kanakkanak untuk mendapat rawatan kesihatan). Nilai : Jenis aktiviti : Pembentangan kumpulan Bahan bantu belajar : Dokumen Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan kertas. Lokasi : Dalam/ luar bilik darjah Tempoh masa : 1 Jam Langkah-langkah pelaksanaan: Aktiviti 1: Situasi Pada hari Isnin yang lepas, Farid ke sekolah dengan menaiki basikal. Sampai satu selekoh, Farid tidak dapat mengawal basikalnya dan terjatuh menyebabkan kakinya cedera. Kawan-kawan beliau hanya melihat Farid jatuh dan cedera. Tiada seorang pun daripada kawan-kawan Farid datang membantu beliau yang dalam kesakitan. Malahan terdapat antara mereka yang mengejek Farid dengan kata-kata seperti: “Tunjuk action la tu?” “Woi! Mat rempit” “Buat corner baring ke?” Aktiviti 2 : Aktiviti Kumpulan Dalam kumpulan 4 orang bincangkan: 1. Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang sewajarnya diambil oleh Farid? 2. Bantuan pertolongan dari siapakah yang boleh Farid dapatkan? 3. Apakah keputusan yang wajar diambil Farid sama ada membiarkan sahaja lukanya atau mendapatkan rawatan? 4. Sekiranya anda berada dalam situasi Farid, apakah tindakan anda? 5. Pada pendapat kamu, kenapakah kawan-kawan Farid enggan memberi bantuan kepadanya? 45

Select target paragraph3