MODUL 7:
LAKONKAN CHARADES
(Teka Lakon)
Murid dapat :
Objektif
:
i. memahami dan mengetahui maksud hak asasi
manusia.
ii. memahami kepentingan hak asasi manusia.
Nilai
: Bekerjasama, bantu-membantu, berdaya saing
Jenis aktiviti
: Lakonan
Bahan bantu belajar : Kertas, pen dan kotak kosong
Lokasi
: Di dalam atau di luar bilik darjah
Tempoh masa
: 1 Jam
Langkah-langkah pelaksanaan:
Aktiviti 1
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan (4 hingga 5 orang) dan melantik seorang
ketua.
2. Guru menyediakan perkataan berkaitan hak asasi manusia dalam kertas-kertas
kecil yang dilipat dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
3. Antara contoh hak asasi manusia yang boleh digunakan adalah:
i. Hak untuk hidup
ii. Hak untuk suatu kewarganegaraan
iii. Hak kebebasan berpendapat dan bersuara
iv. Perlindungan dari keganasan dan eksploitasi
v. Hak untuk tidak didiskriminasi
vi. Hak terhadap kesihatan
vii. Hak untuk pendidikan
viii. Hak kepada pekerjaan
ix. Hak beragama
x. Hak untuk bermain dan rekreasi
Aktiviti 2
1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih seorang dari kumpulan tersebut
untuk mengambil satu kertas secara bergilir dan melakonkan perkataan
tersebut mengikut kesesuaian dan imaginasi mereka.
43