5. Guru boleh memberi bimbingan maklumat tentang faktor-faktor secara am
yang boleh dipertimbangkan oleh murid untuk pemilihan. Sebagai contoh,
aspek kelangsungan hidup, keselamatan, dan kesihatan.
6. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan mereka
dan masa diperuntukkan 10 minit .
7. Soal jawab dengan semua murid tentang perkara-perkara berikut:
a. nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas kepada pemilihan dibuat?
b. nyatakan kenapa identiti/latar belakang penumpang yang dipilih
menjadi faktor penting?
c. wajarkah kita hanya memberi kepentingan kepada orang-orang
yang mempunyai latar belakang serupa dengan kita?
d. wajarkah kita menyisihkan orang yang berlainan latar belakang
dengan kita?
e. apakah pengajaran yang murid telah perolehi dari aktiviti ini?
Nota rujukan guru:
i Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang larangan
diskriminasi.
ii
Kerajaan Malaysia telah menerima pakai konvensyen-konvensyen Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan dengan hak-hak wanita, kanakkanak dan orang kurang upaya. Selain di atas, PBB juga mempunyai konvensyenkonvensyen mengenai, antara lain, hak sivil dan politik, hak ekonomi, sosial dan
kebudayaan, dan pembasmian diskriminasi berdasarkan kaum.
a. Kesemua konvensyen yang tersebut di atas mengandungi peruntukan hak
setiap manusia dan larangan terhadap tindakan yang mendiskriminasi
mana-mana kumpulan dalam masyarakat.
iii Bagi aspek hak untuk mendapatkan keperluan asas tanpa diskriminasi, Kovenan
Antarabangsa PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR)
memperuntukkan bahawa:a. setiap orang mempunyai hak kepada, antara lain, makanan berkhasiat,
bekalan air bersih, serta akses kepada perkhidmatan kesihatan (hospital/
klinik/dsb.), pendidikan, kehidupan berkeluarga, keselamatan sosial,
pekerjaan yang selamat, dan sebagainya;
41
41