MODUL 6:
DISKRIMINASI
Murid dapat :
i. mengetahui dan memahami apa itu diskriminasi.
Objektif
:
ii. mengenal jenis-jenis keperluan asas yang merupakan
hak asasi manusia.
iii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan
dengan rakan sekolah.
Nilai
: Tanggungjawab, hormat-menghormati
Jenis aktiviti
: Pembentangan kumpulan
Bahan bantu belajar : Kertas mahjong, pen marker dan lampiran
Lokasi
: Di dalam atau di luar bilik darjah.
Tempoh masa
: 1 Jam
Senario
Pada tahun 2039, Planet A, telah menjadi tidak sesuai untuk diduduki manusia
disebabkan pencemaran yang teruk dan kekurangan sumber makanan susulan
penebangan hutan, pencemaran air dan udara, dan sebagainya. Susulan daripada
itu kerajaan telah mengenal pasti sebuah planet lain, iaitu Planet B, yang mempunyai
ciri-ciri serupa dengan Planet A yang boleh didiami oleh manusia.
Pihak kerajaan menyediakan sebuah kapal angkasa yang kemudiannya telah
diberikan kepada anda untuk berpindah ke Planet B. Minyak kapal angkasa tersebut
hanya cukup untuk perjalanan sehingga sampai ke Planet B. Pihak kerajaan telah
meminta anda membawa beberapa penduduk ke Planet B untuk meneruskan
kehidupan dan memulakan tamadun manusia yang baharu. Walau bagaimana
pun, selain anda dan juruterbang, kapal angkasa tersebut hanya boleh memuatkan
8 orang penumpang.
Pihak kerajaan telah memberikan anda satu senarai penduduk, yang mana anda
hanya boleh memilih 8 orang penumpang khusus dari senarai yang diberikan oleh
pihak kerajaan.
Antara individu-individu yang disenaraikan di dalam senarai kerajaan di bawah,
siapakah dari Planet A yang anda akan bawa bagi membantu anda untuk
memulakan kehidupan dan tamadun manusia yang baharu di Planet B?
38