Refleksi:
i. Guru meminta 5 sukarelawan untuk membuat refleksi.
ii. Guru membuat rumusan bahawa setiap individu mempunyai maruah dan tidak
sewajarnya didiskriminasi atas apa faktor pun termasuk fizikal.
Nota rujukan guru:
i Hak asasi manusia adalah milik semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan
dalam 30 Artikel UDHR yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu pada 10 Disember 1948.
ii
UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi
maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina
dan pangkat.
iii Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam CRC.
iv Terdapat 54 Artikel di dalam CRC.
v Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini:
• Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi.
• Artikel 18. CRC. Tanggungjawab ibu bapa.
• Artikel 24. CRC. Hak kepada kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
• Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak.
• Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara.
• Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak.
37