Keadaan ini menyebabkan R sering berasa rendah diri, tidak mempunyai keyakinan diri dan selalu mengasingkan dirinya daripada rakan-rakan lain. R berasa sedih dan kesunyian. Ini menyebabkan prestasi akademik R jatuh. Dia tidak mahu lagi ke sekolah dan akan memberi bermacam-macam alasan untuk tidak ke sekolah. Soalan Sila bincangkan perkara-perkara berikut: 1. Nyatakan apakah isu yang terdapat di dalam kes ini. 2. Apakah langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah-masalah yang telah dikenal pasti? 3. Berdasarkan UDHR dan CRC, apakah hak kanak-kanak yang dicabul di dalam kes ini? 4. Berikan beberapa nama agensi/tempat kanak-kanak ini boleh mengadu. Format pembentangan 1. Setiap kumpulan harus membincangkan topik yang telah ditetapkan dan perkara-perkara yang diberikan di bawah topik tersebut seperti yang terdapat dalam ringkasan format yang disediakan. 2. Sila gunakan bahan yang dibekalkan untuk membantu perbincangan terutamanya CRC. 3. Ringkasan format: Hak asasi yang berkaitan Contohcontoh Cadangan/ Langkah Pihak yang bertanggungjawab Artikel-artikel di dalam UDHR dan CRC yang berkaitan 4. Setiap kumpulan akan diberikan masa 10 minit untuk membuat pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab. 36

Select target paragraph3