Aktiviti 4
Soalan dari guru:
1. Sebagai seorang yang mempunyai masalah pendengaran, bolehkah anda
memahami apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan dengan mudah?
2. Sebagai seorang yang bermasalah pendengaran, adakah mudah anda
menyatakan pendapat dan fikiran anda pada orang lain?
3. Sebagai orang yang bermasalah pendengaran, apakah perasaan anda
apabila berkomunikasi dengan orang lain dan apakah harapan anda pada
orang lain?
4. Adakah anda tahu/kenal sesiapa yang tidak boleh bercakap?
5. Adakah anda tahu/kenal sesiapa yang tidak boleh mendengar?
6. Adakah anda akan bertingkah laku berbeza jika berhadapan dengan orang
yang tidak boleh bercakap atau orang yang tidak boleh mendengar?
7. Adakah anda akan cuba membantu?
8. Jika ya, bagaimana?
9. Jika tidak, kenapa?
Refleksi:
Murid memberi pendapat mengenai pengalaman menjadi OKU. Guru yang
mengendalikan aktiviti ini perlu mengambil kira sensitiviti murid kurang upaya. Aktiviti
ini juga memberi pendedahan kepada murid kurang upaya untuk mendapat
hak pendidikan tanpa diskriminasi. Selain itu, kita tidak boleh dengan sewenangwenangnya melabelkan seseorang walaupun mereka OKU.
Nota rujukan guru:
i Hak asasi dan kebebasan adalah milik semua manusia. Hak-hak ini telah
dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10
Disember 1948.
ii
UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi
maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina
dan pangkat.
iii Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-kanak (CRC).
33