• Seorang murid lain akan memberi arahan dengan suara perlahan kepada murid yang menutup telinga contoh: o “Pergi tutup pintu”, o “Lompat ke hadapan”, o “Buka tali kasut”, o “Lukis gambar kucing di papan hitam”. • Seorang lagi murid cuba membantu murid yang kurang pendengaran tadi untuk melakukan arahan jika dia tidak dapat melakukannya. (Kamu perlu menggunakan pelbagai aksi kerana murid tersebut tidak boleh mendengar atau menyuruh beliau melihat pergerakan mulut kamu). Aktiviti 3: Lakonan Tanpa Suara (45 minit). Arahan: • Seorang murid akan memberi satu ayat atau frasa dengan hanya menggunakan bahasa isyarat. Murid lain akan meneka. • Bahagikan murid dalam satu kumpulan - 7 orang. • Bahagikan kumpulan 7 orang ini kepada 3 orang setiap kumpulan kecil. Mereka akan bergilir-gilir menjadi OKU membuat 1 ayat atau frasa tanpa suara dan kumpulan yang lagi satu akan meneka setelah tamat giliran kumpulan berlakon akan meneka dan kumpulan meneka akan membuat ayat atau frasa tanpa suara. • Seorang murid akan menjadi pengadil. Pengadil akan memberi markah pada setiap kumpulan yang membuat tekaan yang betul. • Murid dibenarkan menyoal pelakon tetapi pelakon akan hanya dibenarkan menganggukkan atau mengelengkan kepala sahaja. 32

Select target paragraph3