MODUL 4:
ORANG KURANG UPAYA: PENGGUNAAN TELINGA DAN SUARA
Murid dapat :
i. menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai
hak orang kurang upaya (OKU) dan menghormati
hak-hak mereka.
Objektif
:
ii. menyedari bahawa OKU mempunyai hak sama
seperti orang lain.
iii. pengalaman bagaimana mereka boleh membantu
rakan-rakan atau orang lain yang kurang
pendengaran dan menghadapi masalah pertuturan.
Nilai
: Diskriminasi, harga diri, hormat-menghormati, penyertaan
Jenis aktiviti
: Lakonan
Bahan bantu belajar : Kertas dan pensel
Lokasi
: Dalam/luar bilik darjah
Tempoh masa
: 1 Jam 20 Minit
Langkah-langkah pelaksanaan:
Aktiviti 1: Dengar (20 minit)
Arahan:
• Murid dijarakkan antara satu sama lain bersendirian di dalam bilik darjah atau
di luar bilik darjah.
• Murid diminta untuk senyap untuk 3 minit dan dengar semua bunyi di sekeliling
mereka.
• Tulis atau catat semua bunyi yang murid dengar.
• Kenal pasti murid yang paling banyak mendengar bunyi dan yang paling sikit
mendengar bunyi.
Aktiviti 2: Lakonan
“Apa kamu kata tadi?” (40 minit).
Arahan:
• Bahagikan murid dalam kumpulan kecil – 4 orang di dalam satu kumpulan.
• Seorang murid menutup telinga supaya beliau tidak dapat mendengar.
31