Nota rujukan guru: i Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel UDHR yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. iii Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). iv Terdapat 54 Artikel di dalam CRC. v Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini: • Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi. • • • • • Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak. Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara. Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak. Artikel 30. CRC. Kanak-kanak orang asli dan komuniti minoriti berhak mengamalkan kebudayaan, bahasa dan agama mereka sendiri 30

Select target paragraph3